Wednesday, December 10, 2008

ITUKAH CINTA?




Cerpen karya
SYAHZANANI FARZAN JA’AFAR



AKU duduk sambil bersembang dengan rakan-rakan di rumahku yang baru bercerita tentang pengalaman-ku semasa di Tokyo. Aku mengemas barang-barang untuk berpindah ke Tokyo kerana ayahku telah dipindahkan untuk bekerja di sana semula. Aku harus mengikut bapaku walaupun aku berasa berat untuk meninggalkan rakan-rakan yang berada di Korea. Meskipun kami baru saja berkenalan, kami sudah begitu mesra. Mereka begitu baik padaku.

Setiba aku di sana bapaku terus mendaftarkan namaku di Sekolah Tinggi Tokyo. Esoknyha aku ke sekolah baruku itu.

Hari pertama di sekolah baru itu. Aku berasa amat takut untuk bergaul dengan pelajar-pelajar di situ. Seorang pelajar lelaki baru juga masuk ke dalam kelasku itu. Dia nampak baik orangnya. Cikgu Ayumi guru kelasku, masuk ke kelas untuk mengajar mata pelajaran matematik. Cikgu Ayumi memperkenal-kan kami pelajar baru kepada pelajar-pelajar di situ.

Pelajar perempuan di dalam kelas itu terus berkenalan denganku. Aku menjadi kawan baru mereka. Kami makan bersama-sama di kantin, belajar dalam kumpulan dan bersukan bersama-sama. Aku berasa amat gembira kerana dapat menjadi kawan mereka. Tibanya waktu pulang, mereka mengajak aku berjalan bersama-sama mereka.

Sewaktu akan sampai ke rumah, aku menjemput mereka naik.

“Naiklah...” pelawaku.

“Tak payahlah. Lain kali sajalah...,” kawan-kawanku menjawab.

“Saya hendak memperkenalkan kamu kepada ayah saya.” Kataku.

Kawan-kawanku bersetuju untuk ke rumah. Setibanya di hadapan pintu, aku terus mengetuk pintu. Rupa-rupanya ayah sudah ada di rumah.

“Siapa yang kamu bawa tu?” kata ayah,

”Oh..., perkenalkan... ini kawan-kawan saya....”
Ayah bersalaman dengan mereka dengan mesra. Aku terus menuju ke dapur untuk menyediakan minuman.

“Terima kasih, Sakura,” balas kawanku sewaktu aku menghidangkan mereka minuman tersebut.

Pada keesokan harinya, kami belajar di perpustakaan. Lelaki baru yang berkaca mata di kelas kami itu memandang ke arahku. Dia senyum. Senyumannya amat manis bagiku. Kawan-kawanku ketawa melihat gelagatku yang malu-malu. Mukaku merah padam.

Loceng untuk rehat sudahpun berbunyi, kami keluar dan terus menuju ke kantin. Lelaki baru itu memandang ke arah aku sekali lagi. Aku terus memandang ke arah lain. Malu juga jika kawan-kawanku tahu.Cikgu Ayumi masuk untuk meng-ajar mata pelajaran matematik. Cikgu Ayumi mengadakan pertandingan kuiz matematik . Cikgu Ayumi membahagi-kan kami dalam enam kumpulan.Aku kebetulan satu kumpulan dengan budak lelaki baru itu. Kawan-kawanku yang lain pula mengusik aku apabila mereka melihat aku sekumpulan bersama- sama lelaki itu.

Lelaki itu menjadi ketua di dalam kumpulan kami manakala aku menjadi penolong ketuanya. Kami mengenalkan diri kami kepada setiap ahli-ahli kumpulan kami. Rupa-rupanya nama lelaki itu ialah Sharon. Aku baru tahu bahawa namanya Sharon. Cikgu Ayumi menyuruh kami untuk menjawab soalan yang dia berikan. Setiap jawapan yang betul akan mandapat lima markah.Soalan yang Cikgu Ayumi berikan sangat mencabar tetapi kumpulan kami memperoleh markah yang paling tinggi. Cikgu Ayumi berjanji ingin memberi hadiah kepada kumpulan yang memperoleh markah yang terbanyak.

Masa balik pun tiba. Sharon mengajak aku berjalan bersama-sama. Aku setuju. Malah berasa amat gembira kerana diperlawakan oleh Sharon untuk berjalan bersamanya. Suasana senyap. Dalam perjalanan, Sharon membeli ais krim yang dijual di tepi jalan. Kami makan bersama-sama pada kerusi yang disediakan.

Akhirnya, aku sampai di rumahku.

“Kamu tinggal di sini rupanya,” ujar Sharon.

“Ya,” kataku.”Kamu pula tinggal di mana?”

Sharon menyambung. “Aku tinggal di sini juga. Rupa-rupanya kita ni berjiran... Walaupun sudah beberapa hari tinggal di sini, baru hari ini dapat berkenalan.”

Dia mengajak aku berjalan di taman bunga yang berdekatan .Aku tidak tahu bahawa aku dapat pergi atau tidak bersamanya. Aku harus menjalankan tanggungjawabku sebagai anak perempuan dan mengemas rumah kerana ayahku terlalu sibuk. Aku akan cuba untuk pergi ke taman bunga bersamanya. Aku terus masuk ke rumah dan terus menuju ke bilikku. Aku menanggalkan baju sekolahku lalu menukar pakaianku. Aku meletakkan baju ku ke dalam mesin basuh sementara menunggu ianya dapat dijemur, aku menyapu sampah, memasak makanan untuk ayahku dan membasuh pinggan.

Masa untuk berjalan bersamanya sudah hampir tiba, hatiku berdebar-debar bercampurkan malu. Aku memang ingin keluar bersamanya, tetapi kenapa perasaan ku terhadapnya lain daripada teman-temanku .Aku tidak tahu kenapa aku begitu malu dan tidak menganggapnya dia sebagai kawanku. Dia memanggil namaku dari rumahnya

“Sakura, Sakura cepatlah.” Aku pun terus keluar dari rumah kerana aku tidak mahu Sharon menunggu aku terlalu lama.

Bermulalah perjalanan kami,aku dan dia menggunakan warna baju yang sama. Dia membeli sejambak bunga ros yang berwarna merah untuk diberikan kepadaku. Aku tersenyum kerana terharu kerana melihatnya begitu romantik. Kami berhenti di sebuah restoran yang penuh dengan bunga.Dia memesan makanan kegemarannya yang ada di restoran itu. Rupanya kami mengemari makanan yang sama.

“Sedap tak makanan ini”soal Sharon.

Aku menjawab “ya makanan ini memang sedap.”

Semasa makan aku mendengar lagu kesukaanku begitu gembira ku pada hari itu. Hari itu aku teramat gembira kerana itulah kenangan manis di dalam hidupku.

Hari sudah hampir gelap kami berjalan untuk balik ke rumah.Sampai saja di hadapan rumah aku terus masuk dan menuju ke bilik kerana terlalu gembira aku tersenyum lebar.

“Bahagianya hari ini,sungguh gembira nya aku.”

Malam menjelang tiba ,aku memasak makanan kegemaran ayahku kerana aku amat gembira hari ini.

“Terima kasih kerana memasak makanan kegemaran ayah, ayah naik pangkat hari ini.”

Aku terus membalas. “Ohh! Tanniah ayah, saya bangga dengan ayah”.

Aku mengemas meja selesai ayah makan. Aku tidur sambil termimpikan Sharon.

Matahari mula terbit, aku besiap-sedia dengan uniform sekolah dan menyediakan sarapan untuk ayah. Aku membangunkan ayah dari tidurnya.

“Ayah saya pergi ke sekolah dulu ya”

Ayah membalas sapaanku, “Baiklah.” Sebelum berangkat ke sekolah aku mencium tangan ayah.

Semasa di sekolah, aku terlangar Sharon di tangga buku-buku yang ada di tangan ku terjatuh. Sharon meminta maaf kepadaku kerana dia tidak sengaja elanggar ku.

“Maafkan saya saya terburu-buru hendak ke kelas tadi” aku terus mmembalas dengan pantas.

“Ohh,tak apalah.”aku terus menuju ke kelas dengannya.kawan ku mempersendakan aku bahawa aku ada hubungan dengan Sharon.

Cikgu Ayumi masuk tetapi ini bukan waktunya untuk mengajar, dia mengumumkan bahawa ada lawatan sambil belajar di Forest World. Kami akan ke sana pada esok hari mengikut kumpulan yang dibahagikan cikgu pada hari kami mengadakan Pertandingan Kuiz. Hanya dua kumpulan yang terpilih dalam lawatan di Forest World.Kumpulan itu ialah kumpulan aku serta kumpalan kawan-kawan.

Kami tidak berada di kelas kerana cikgu menyuruh kami pergi ke Bilik Mesyuarat, untuk menghadiri kursus ke Forest World. Setiap peserta perlu membawa barang yang diarahkan oleh cikgu yang akan mengiringi kami ke sana nanti. Cikgu memberi t-shirt yang akan digunakan semasa kami di sana nanti.

Kami akan berkhemah dan perlu membawa barang keperluan yang perlu di bawa semasa berkhemah nanti. Berbagai aktiviti akan kami lakukan nanti.Kami menggunakan bas untuk pergi ke Forest World.

Cikgu mengarahkan kami untuk keluar rehat, “baiklah pelajar-pelajar sekalian kamu boleh keluar rehat tetapi bila waktu rehat sudah tamat kamu dikehendaki kembali ke sini lagi.”

Aku pun keluar berehat bersama kawan-kawanku tetapi semasa aku berjalan menuju ke kantin Sharon mengajak aku untuk makan bersamanya di kantin kawan-kawanku terus meninggalkan aku.

Sharon dan aku tiba di kantin, kami duduk di meja bersebelahan dengan meja di mana tempat kawan-kawanku makan. Kami pun mengambil makanan-makanan yang disediakan oleh pihak kantin. Makanan yang disediakan pihak kantin itu bukanklah kegemaran aku. Sharon begitu hairan melihat aku kerana tidak menjamah makanan. Dia memberi aku coklat yang dibekalnya dari rumah.

“Oh,tak perlu susah-susahlah, saya ni bukan jenis orang yang suka makan.”jawab aku.

“Tak apa kamu ambil je lah saya tak makan coklat ni.”

Aku terus mebalas “Oh,terima kasih ya kerana memberi coklat ni pada saya, maafkan saya kalau asyik menyusahkan awak,arigato’ gozaimasu.’

Sharon memang seorang yang baik hati, peramah dan sentiasa menegur orang dengan cara yang betul. Dia juga sentiasa menolong orang yang perlukan pertolongan. Jika dia melihat aku tidak makan dia akan menasihati aku supaya makan. Dia seperti lelaki yang aku idamkan.

Aku menceritakan kepada rakan-rakanku. Rakan-rakanku memberitahu bahawa aku sudah jatuh cinta kepadanya.

“Bagaimanakah rupa orang yang bercinta? Adakah mereka akan sentiasa bersama.Adakah cinta membuat kita bahagia?”

Pelbagai soalan yang aku tanya kepada mereka tentang cinta, adakah setiap manusia akan mengerti erti cinta? Rakan-rakanku aku berasa hairan apabila aku bertanya soalan sebegitu pada mereka. Aku semakin hari semakin memerlukan bantuan rakan-rakanku untuk membantu aku dalam hal percintaan seperti ini. Hal-hal percintaan seperti tidak pernahku pelajari.

Ingin juga aku mempelajari bagaimana nya perasaan aku apabila bercinta, kawan-kawanku mengatur rancangan supaya aku dan Sharon bersama-sama.

Loceng berbunyi menandakan waktu balik sepanjang jalan aku berfikir apa itu cinta.

Keesokkan harinya aku masuk ke kelas kawan-kawanku terus ketawa terbahak-bahak rupa-rupanya mereka memberitahu Sharon bahawa aku mengajak dia menjadi kekasihku. Aku marah kerana mereka memfitnah aku di depan Sharon tetapi sebenarnya aku malu terhadapnya. Aku tengah berfikir kenapa aku bersikap sebegitu. Aku sudah memahami sedikit erti cinta.

Loceng berbunyi menandakan masuknya waktu rehat, aku diajak Sharon untuk menjadi kekasihnya. Aku berfikir adakah aku harus menjawab ya atau tidak. Aku terus berfikir sehingga masa balik.

Selama tiga hari aku tidak datang ke sekolah kerana berfikir tentang itu tetapi ayah aku menyuruh aku bersekolah. Aku tetap tidak mahu ayahku tidak dapat memujuk ku lagi untuk bersekolah. Aku sudah memikirkan jawapan yang harus ku berikan kepada Sharon.

Di pagi nan hening, aku campakkan rasa takut aku dan terus berkemas untuk ke sekolah kerana tak mahu merisaukan hati ayahku. Aku terus masuk ke kelas dan menghadap Sharon. Aku memberitahu dia bahawa kita masih di alam persekolahan tetapi kami berkawan baik serta rapat. Dia memberitahu kawan-kawannya bahawa dia akan sentiasa menunggu ku.

TAMAT

IMPIANKU





Cerpen karya

NURUL NADIAH BT AHMAD DAUD






SETIAP orang mempunyai impian mereka yang tersendiri. Begitu juga denganku. Aku ingin menjadi seorang pelukis terkenal. Setiap petang, aku akan bersantai di anjung jendela sambil minum teh untuk mencari inspirasi menghasilkan lukisan yang sempurna dan bermakna. Alangkah indahnya pemandangan di dunia fana ini. Aku berasa amat kagum dengan keindahan semula jadi ini.



Sedang aku menghayati keindahan tersebut, tiba-tiba suara samar-samar memanggilku dari dapur. ”Syazwan...Syazwan, mari makan kuih-muih yang ibu belikan dari gerai di tepi jalan tadi”, kata ibu. Tanpa melengahkan masa, aku pun segera ke dapur untuk menikmati kuih-muih yang tersedia di atas meja.



Malam pun tiba. Namun, bapaku belum pulang dari kerja.



”Ibu, kenapa ayah lambat pulang hari ini?”, tanyaku.



Pertanyaanku itu tidak dihirau ibu malah dia hanya membalas dengan senyuman manisnya. Aku berasa hairan dengan perwatakkan ibuku itu.



”Sudahkah kamu menyiapkan lukisan tadi?,”ibuku tiba-tiba bersuara seolah-olah baru terjaga dari lamunan mimpi. Aku terperanjat dengan pertanyaan ibu. Aku terkedu buat seketika.



”Mengapa ibu bertanya tentang lukisan itu?” tanyaku kembali. Sekali lagi ibu hanya mendiamkan diri.



Tepat pada pukul 10.00 malam, kedengaran enjin kereta bapaku dimatikan.



”Ayah sudah pulang!”, suara ayah kedengaran di muka pintu.



Aku bersama ibu menyambut kedatangan ayah dengan rasa gembira. Pantas ayah berjalan menuju ke bilik bacaan tanpa mengalihkan pandangannya terhadapku. Aku sedikit terkilan kerana biasanya dia akan bertanya tentang perkembangan hasil lukisanku tetapi aku tidak kisah.Terlintas di fikiranku mengapa ibu dan ayah berperlakuan semacam.



”Syazwan, masuk bilik kamu dan tidur kerana esok kita akan pergi ke suatu tempat,” arah ibu tegas. Semakin kusut fikiranku dibuatnya.



Hatiku bersuara,”Ke mana agaknya kami akan pergi”. Jam menunjukkan pukul 10.30 malam. ”Alahai, ngantuknya”...



Keesokan harinya, selepas bersarapan, kami sekeluarga menaiki kereta ayah untuk menuju ke bandar. Sepanjang perjalanan, aku hanya duduk diam dan melihat pemandangan sekeliling. Aku tidak berani mengeluarkan sepatah kata perkataan apatah lagi bertanya. Tiba-tiba, ayah memecah kesunyian, ”Adakah kamu berminat dalam bidang lukisan sehingga ingin menjadi pelukis yang berjaya?”.



Sudah tentu, itukan impian saya,” jawabku tenang. Ibu mencelah,”Adakah kamu seronok melukis?”. Aku berasa hairan akan soalan kedua-dua ibu bapaku. Aku jawab dengan selamba,”Ya, seronok sangat”. Keadaan kembali sunyi. Aku kembali bertanya,”Kita hendak ke mana sekarang?”. Ibu dan ayah saling berpandangan dan mereka berbalas senyuman. ”Tunggu dan lihat”, tiba-tiba ibu berkata.



”Kita sudah sampai...bangunan ini adalah salah satu bangunan tertinggi di bandar kita,” ayah menerang persis pemandu pelancong. Setelah turun dari kereta kesayangan ayah, aku tercungap dan terkedu. ”Wah, cantiknya struktur bangunan ini!”, aku bagaikan menjerit. Ibu mencelah,”Struktur bangunan ini memang cantik. Bangunan baru ini tersegam indah di tengah-tengah lokasi bandar”.



Kami berjalan menuju ke pintu masuk bangunan tinggi tersebut. Aku hanya mendiamkan diri. Ibu memimpin tanganku menuju ke kaunter perkhidmatan.



”Maaf, puan. Boleh saya bantu?” kakitangan di situ menegur dengan berbudi bahasa.



Ibu bertanya,”Boleh saya tahu di mana tempat pendaftaran untuk menyertai pertandingan melukis poster ?”



”Tempat pendaftaran tersebut berada di tingkat tiga.” jawab kakitangan itu.



”Terima kasih,”kata ibu sambil tersenyum mesra.



Aku hanya mengikut ibu. Ayah pula memandangku sambil senyum-senyum. Terasa bagaikan sinis saja. Aku berasa amat geram tetapi hanya



”Ayah, mengapa kita pergi ke sini? Kita hendak mendaftar siapa?”.



Pertanyaanku tidak dijawab.



”Maaf , saya hendak mendaftar anak saya untuk pertandingan melukis poster,” kata ibu.



Pekerja itu menjawab,”Siapa nama anak puan?”.



Ibu menjawab,”Nama anak saya Mohd. Syazwan bin Azri.



Pada mulanya aku amat teruja tetapi aku menahan gembira di hati. Ibu melihatku dengan pandangan tajamnya, namun, aku tidak memberi sebarang respons.



Selepas mendaftar, kami pulang ke rumah. Aku berasa amat letih kerana terpaksa berjalan di dalam bangunan serba canggih itu.



”Puas hati?” tanya ayah.



Aku hanya membalas dengan senyuman. ”Malam ini, aku harus tidur awal kerana esok adalah hari penting buat saya,”hatiku berbisik



”Syazwan, mari turun.” aku dengar suara ibu memanggil. Bagaikan tidak lama mana aku tidur malam itu, tiba-tiba saja sudah berada pada hari siangnya semula.



Aku turun dengan semangat berkobar-kobar. Semangatku membara. ”Ya, ibu.” aku jawab.



”Sebelum beredar, ibu hendak tanya, kamu sudah sedia semua keperluan untuk kamu melukis?”



Aku membalas,” Sudah,ibu.” Aku berasa gementar, namun, di sudut hatiku kejayaan adalah keutamaan. Aku tidak mengharapkan tempat pertama tetapi hanya ingin membanggakan kedua-dua orang tuaku.



Saat yang aku nantikan pun sudah tiba. Aku harus melakukan yang terbaik. Aku dapat melihat kesungguhan peserta lain. Lama betul membuat sebuah poster.”Huh, siap juga poster ini akhirnya”, aku mengeluh lega. Setelah semua selesai, peserta-peserta dibawa duduk di tempat khas untuk mengetahui pemenangnya.



“Hoorey....”, aku menjerit girang. Ibu dan bapaku hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagatku. Sekarang, jika peluang di hadapan mata, aku terus menonjolkan diri. Hampir kesemua pertandingan yang disertai dibolot olehku. Aku menyertai pertandingan melukis poster anjuran Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak sehingga ke peringkat antarabangsa.



”Jaga diri kamu baik-baik”, ibu nasihat. Aku akan pergi ke Jepun selepas menang pertandingan melukis poster di peringkat kebangsaan. ”Yey, sekarang aku berada di Lapangan Kapal Terbang Antarabangsa Jepun”, aku menjerit dalam hati. Aku dibawa ke hotel penginapan di Tokyo. ”Irrashaimasu!”, sambut pekerja hotel itu. Aku hanya mendiamkan diri kerana sepatah kata perkataan yamato pun aku tidak tahu kecuali arigato’, konbawa, ohaiyo’ dan kirei.



Setelah sampai di hadapan pintu bilik, aku tercengang. Seperti rusa masuk kampung, itulah perumpamaan yang dapat aku bayangkan. Kecanggihan teknologi di Jepun telah membuka mataku. Aku berasa kagum dan...”wow!”, tiba-tiba aku menjerit. Aku berlari menuju ke katil untuk berlabuh setelah letih dalam perjalanan pergi ke negara terbit matahari ini. Teman sebilik aku tidak berapa ramah. Namanya Ikhwan dan berasal dari Kedah. Oleh itu, aku sentiasa memulakan dialog. ”Hari ini kita ada pertandingan melukis di dewan nanti,”aku memperingat . Ikhwan membalas,”Saya tahu.”



Kami sampai di dewan. Keadaan dewan gamit dengan bunyi alat eletronik dan orang bercakap.”Moshimoshi!”Tiba-tiba satu suara menyapa dalam Bahasa Jepun.Aku dan Ikhwan berpaling ke arah datangnya suara serak basah itu. ”Hi.” Kami membalas kehairanan kerana tidak memahami perkataan itu. ”Are you guys came from Malaysia?” Budak lelaki berhidung mancung itu tiba-tiba speaking. ”Yes, I’m Syazwan and this is my friend, Ikhwan,” aku menjawab. “My name is Natsume. In Japanese, watashite Natsume Hyuuga,” dia menerang.



“Nampaknya kita sudah ada kawan baru.” kata Ikhwan. Aku hanya membisu tanda suka. Aku berasa kekok akan keadaan di sini tetapi aku harus membiasakan diri. “Tidak lama lagi, pertandingan akan bermula. Kita harus berada di tempat melukis 10 minit sebelum pertandingan bermula.”aku memperingat. “Gomen kudasai?” ,Natsume tiba-tiba muncul selepas hilang daripada pandangan tatkala dewan itu sesak dengan peserta-peserta dari serata dunia.



Kami terkejut dengan sapaannya. “What is that?”, aku ternganga. “That mean, hello, anybody home?”, dia menjawab sambil tersenyum. Kami berdua saling berpandangan. “Where are you both going?”, Natsume tanya. “We’re going to our place.”,Ikhwan membalas. “Okay, bye.”, Natsume berkata dan sekali lagi hilang daripada pandangan. Kami duduk di tempat yang telah disediakan untuk peserta-peserta dari Malaysia.



Semua peserta dari serata dunia mengambil bahagian. Setiap peserta harus mematuhi syarat-syarat melukis poster. Pertandingan tersebut pun bermula. Pertandingan tersebut dijalankan selama beberapa jam kerana hasil lukisan harus dibuat dengan kemas, teliti dan mempunyai makna. Aku dan Ikhwan harus bersungguh-sungguh untuk menewaskan peserta-peserta dari negara lain. Aku harus membuktikan pada ibu dan ayah bahawa aku dapat menjuarai pertandingan melukis peringkat antarabangsa.



“Bagaimana perasaan kamu sekarang?”, tiba-tiba Ikhwan bersuara. Aku menjawab dengan tenang, “Ya, kamu pula?”. “Rasanya tidak....”,Ikhwan tidak sempat menghabiskan ayatnya kerana pengurus datang untuk membawa kami ke tempat dudukk khas. “Kamu berdua jangan gelabah...relax.” pengurus menasihat kami. Tidak lama lagi, kami akan mengetahui siapakah yang akan memenangi pertandingan melukis poster ini.



Saat yang ditunggu-tunggu kini tiba. Master of Ceremony(MC) pertandingan akan mengumumkan pemenang-pemenang. “Welcome to the International Drawing Competition”, MC pertandingan menyambut kedatangan kami. “Now, we are going to know who will be the Master of Art.” Semakin berdebar hatiku apabila MC pertandingan membuka kertas keputusan pemenang-pemenang. Keputusan tersebut adalah muktamad.



Seorang demi seorang peserta pertandingan yang mendapat hadiah saguhati. Akhirnya, pemenang bagi tempat ketiga, kedua dan pertama diumumkan. “And now I will announce who is in the third place”, MC pertandingan kata. “At the third place, Eun Hyun Yyang from Korea....in second place, Sylvia Medorica from Mexico and The Master of Art is....”,MC mengumumkan. Inilah saat yang akan membuktikan kebolehan aku melukis untuk menjadi pelukis terkenal dan berjaya. “The Master of Art is.... Mohd Syazwan bin Azri from Malaysia!”



Aku berasa amat terkejut tetapi amat gembira. Seolah-olah mimpi menjadi kenyataan. Ketika aku naik pentas, jantungku terasa bagai hendak tercabut, aku gugup. Ucapan tahniah sering diucapkan kepadaku. Sorakan semangat daripada peserta dan penonton membuatkanku terharu. “Tahniah!”, Ikhwan dan peserta-peserta dari Malaysia serta pengurus kami tumpang gembira di atas kejayaanku.



“Ibu, saya menang dalam pertandingan itu!”, aku menjerit keriangan. “Tahniah, nak. Ibu dan ayah sentiasa menyokong dan mendorong dalam apa jua bidang yang kamu ceburi”, ibu berkata sambil tersenyum simpul. “Ayah berasa bangga atas kejayaan kamu”, tiba-tiba ayah mencelah. Sekarang aku harus lebih gigih berusaha untuk mencapai impianku.















Tuesday, December 9, 2008

KARYA SEDANG DIPROSES

Orang yang teliti dan menggunakan pancainderanya
untuk memerhati alam sekelilingnya
akan mengesan keindahan di mana-mana.








Kita mahu jadikan laman ini sebagai laman tetap dan laman tempat para penulis muda terutama peserta Kem Bakat Penulisan Kreatif 2008 menyalurkan karya mereka untuk disiarkan kepada dunia.


Apabila sudah biasa menyalurkan di sini dan melihat hasil akhirnya setelah diedit maka penulis berkenaan menjadi lebih faham akan keperluan media penyiaran dan dapatlah mengorak langkah untuk memasuki media perdana negara.

Pencapaian seseorang seniman, terutama penulis adalah pada penyiaran karyanya. Tidak akan ada kepuasan kalau banyak menulis tetapi karya tidak pernah disiarkan.

Harus ingat - jangan ingat yang setiap karya anda itu sudah terlalu bagus untuk tidak boleh diedit atau untuk mesti disiarkan. Penulis besar sekalipun melalui proses pengeditan.

Pada peringkat masih belajar ini karya anda akan diteliti, diedit dan dikemaskkan di sana sini oleh editor sebelum disiarkan.

Perhatikan perbezaan di antara teks asal anda dan teks setelah diedit, maka anda akan belajar dan dapat menambah bvaik karya seterusnya.

Banyak karya yang dikemukakan kini sedang dikemas dan diedit dan mana-mana yang sudah diedit terutama yang dihantar menerusi Cikgu Beb Sabariah sudahpun kita siarkan.

Insya Allah yang dihantar menerusi Cikgu Khatem, terutama cerpen-cerpennya dalam bahasa Melayu dan Inggeris akan disiar tidak lama lagi sebaik sahaja Cikgu Khatem habis mengeditkannya.



Pak Asdy

Monday, December 8, 2008

HASIL KARYA KUMPULAN BAKAT PENULISAN


laporan
Cikgu Beb Sabariah



Menjadi penulis kreatif berjaya hendaklah menjadi seorang penacap atau pengamat tajam selain mempunyai minat serta bakat semulajadi menghimpun beribu-ribu patah perkataan dijadikan sesebuah karya; hendaknya setiap individu mempunyai ilmu yang tinggi melalui pembacaan sebagai bahan bantu-

Diturunkan beberapa hasil karya berbentuk rencana, laporan dan karya kreatif dari peserta BAKAT PENULISAN berdasar modul:

BAHAGIAN SATU

Rencana mengenai benda CIPTAAN MANUSIA
Nama Judul Karya

Umi Amira Jamale ( Darjah 6) Bangunan ‘Pen’
Anis Syazwani Abdullah (D6) Piramid
Aienna Khariyah Bolhassan (D6) Robot
Nur Ezzra Syaniza Sapuan (D6) Robot
Syahzanani Farzana Jaafar (D6) Komputer Riba
Nur Aiman Azrie Nasarudin (D4) Kapal Terbang




BAHAGIAN DUA
Rencana mengenai benda CIPTAAN ALLAH S.W.T.
Nama Judul Karya

Mohd Aidil Qasmirul Kamarul (D6) Bunga Alamanda
Nurul Nadiah Ahmad Daud (D6) Bunga Siantan




BAHAGIAN TIGA
Karya kreatif TENTANG SAYA atau TENTANG DIA
Nama Judul Karya

Nur Sufiakhofi Hj Zekaria (D6) Tentang Saya
Intan Shafinie Sahat (D6) Tentang Saya
Dayang Nur Syafika Awang Rosli (D6) Tentang Saya
Khairunnisa Nadiah (D6) Tentang Dia


BAHAGIAN EMPAT
Karya Kreatif PENGALAMAN PAHIT MANIS DALAM KEHIDUPAN SAYA
Nama Judul Karya
Nursyakirah Adenan (D6) Pengalaman Manis
Normasuria Othman (D6) Pengalaman Manis
Nurul Fathin Aisha Mahdi (D6) Pengalaman Manis
Izzah Amirah Ikram (D4) Pengalaman Manis


BAHAGIAN LIMA

Karya Bukan Kreatif; MEMBUAT LAPORAN/RENCANA/KEGIATAN
Nama Judul Karya
Nur Asfareza Dyana Abdul Malek (D6) Bilik Darjah
Siti Roshila Roslan (D6) Bilik Darjah


BAHAGIAN SATU

BANGUNAN PEN
(Umi Amira Jamale)

Saya ingin menceritakan tentang sebuah bangunan yang mepunyai menara menyerupai sebatang pen yang dibina oleh manusia. Saiznya sederhana besar dan menaranya sangat tinggi kira-kira 200 meter dan mempunyai warna kebiru-biruan. Di bahagian bawah menara terdapat bangunan mempunyai empat pintu yang terletak di sebelah kanan kiri serta dua lagi di hadapan dan di belakang. Bangunan ‘menara pen’ ini terletak di Jalan Siol Kanan dan berhadapan dengan Masjid Jamek, Sarawak.


BANGUNAN PIRAMID
(Anis Syazwani)

Salah satu benda binaan manusia ialah sebuah piramid yang terdapat di negara Mesir. Bangunan ini sangat besar dan tinggi dan dijadikan makam keluarga raja-raja Mesir zaman dahulu apabila meninggal dunia. Mayat-mayat mereka dijadikan mumia dan diletakkan di dalam keranda dalam piramid tersebut. Oleh itu ramai saintis datang ke Mesir mengkaji barang-barang purba selain mencari harta karun seperti gelang, duit, rantai emas dan sebagainya.


ROBOT
(Aienna Khariah Bolhassan)

Robot ialah mesin menyerupai manusia. Ia membantu manusia dalam menyiapkan sesuatu kerja dengan pantas. Ia cekap membuat kerja-kerja dalam rumah. Pada masa hadapan mungkin robot akan dijadikan alat serbaguna kepada kita. Kemungkinan juga robot akan dibuat dalam saiz, bentuk dan warna berbagai-bagai. Inilah kecanggihan teknologi kita pada masa ini yang pasti akan bertambahn maju pada masa akan datang.


ROBOT
(Nur Ezzra Syaniza Sapuan)

Robot ialah ‘manusia’ ciptaan manusia. Robot berbentuk manusia ini mempunyai pelbagai fungsi mengikut butang yang ditetapkan pada badannya. Alat kawalan pada butang hijau membolehkan robot itu berjalan, butang merah untuk berhenti dan kuning untuk membuat kerja yang ditetapkan. Robot ini juga memiliki deria dengar seperti manusia. Ia diprogramkan boleh bercakap Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Usianya bertahan selama 20 jam sebelum ia ‘mati’. Selepas itu hendaklah dicaj selama empat jam untuk kembali berfungsi. Mata robot mempunyai alat pengesan berbentuk peta bagi membolehkannya pergi ke arah dalam peta tersebut. Robot adalah sebuah rekaan manusia yang tercanggih dalam abad sekarang.

KOMPUTER RIBA
(Syahzanani Farzana Jaafar)

Komputer riba ialah sejenis teknologi ciptaan manusia berbentuk empat segi yang mempunyai microchip untuk memprogramkan data. Ia banyak membantu kita menyimpan maklumat, dokumen serta data penting. Komputer riba juga memerlukan caj bateri yang tinggi. Selain itu ia juga boleh digunakan tanpa elektrik. Komputer riba mempunyai skrin mampat dan papan kekunci. Ia boleh dibawa ke mana-manapun kita berada. Pelbagai jenis atau jenama kita boleh dapati di kedai menjual alat elektronik.

KAPAL TERBANG
(Mohd Aiman Azrie Nasarudin)

Kapal terbang dibuat daripada besi, kaca dan getah. Badannya dibuat daripada besi yang kuat, kaca untuk tingkap dan getah untuk tayar. Kapal terbang boleh membawa penumpang dari dari tempat ke satu tempat dan boleh terbang jauh mengelilingi dunia.


BUNGA ALAMANDA
( Mohd Aidil Qasmirul Kamarul)

Tuhan menciptakan pelbagai jenis bunga yang berlainan bentuk, saiz dan warna. Salah satu bunga yang dicipta Allah ialah bunga alamanda. Alamanda mempunyai kuning yang cantik selain ungu dan mempunyai lima ranggi lembut seperti sutera. Di samping itu ia mempunyai madu. Bunga ini amat sesuai ditanam di Negara kita yang lembap dan panas.


BUNGA SIANTAN
(Nurul Nadiah Ahmad Daud)

Bunga siantan dikenali sebagai ixora sangat sesuai tumbuh di Negara khatulistiwa. Bunga ini mempunyai warna yang menarik seperti merah, jngga, putih dan kuning. Bunga siantan lebih kecil berbanding bunga melur dan berbeza juga daripada kebanyakan bunga sebab ia mempunyai gugusan atau kelompok bunga-bunga kecil. Setiap bunga mempunyai empat ranggi dan madu terdapat di bawah kelonsong bunga-bunga kecil.Oleh itu lebah dan rama-rama suka hinggap di rangginya. Inilah kelebihan ciptaan Allah yang mempunyai keistimewaan tersendiri.


KENANGAN MANIS SAYA
(Nur Sufiakhofi Hj Zakeria)

Satu pengalaman manis saya adalah apabila saya dan keluarga bercuti di Sibu. Di sana terdapat tempat menarik antaranya Bukit Aup. Perjalanan ke sana mengambil masa agak lama tapi kami dapat menikmati pemandangan yang indah nian di sepanjang laluan yang berbukit bukau yang memukau.

KENANGAN MANIS SAYA
( Intan Syafinie Sahat)

Satu pengalaman manis apabila ibu selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel kerana saya amat menginginkan seorang adik. Adik saya diberi nama Intan Shafeeqah Nabila yang dilahirkan pada 11 November 2006 di mana saya juga dilahirkan pada tarikh yang sama tapi pada tahun 1996. Saya amat menyayangi adik saya.

KENANGAN PAHIT SAYA
( Dyg Nur Syafika Awg Rosli)

Pengalaman pahit saya apabila moyang saya meninggal dunia pada tahun 2005 akibat barah otak. Dia begitu baik terhadap saya. Waktu ibu memberitahu saya, jantung saya berdebar-debar lalu mata saya mengalir air jernih. Saya rasa amat sedih kehilangan satu-satunya moyang saya.

TENTANG DIA
(Khairunnisa Nadiah)

Nama rakan saya Nurul Nadiah, berusia 12 tahun. Wajahnya seperti kacukan Cina kerana kulitnya serta tinggi lampai. Dia suka melukis dan belajar berbagai bahasa termasuk bahasa Jepun Dia hebat dalam mata pelajaran matematik dan mendapat 6 A dalam Penilaian UPSR serta aktif kokurikulum.


PENGALAMAN MENARIK DALAM HIDUP SAYA
( Nursyakirah Adenan)

Pengalaman manis saya iadalah ketika berada di kawasan air terjun. Apabila sampai saya dan kakak terus mandi-manda sambil mengejar anak-anak ikan, Selepas letih kami sekeluarga makan makanan bekal kami dengan gelojohnya.


KENANGAN MANIS SAYA
(Normasuria Othman)

Perkara yang menarik dalam hidup saya apabila berada di pantai indah bersama keluarga. Kami bermandi manda dan amat gembira menghirup udara laut nan segar serta menikmati pemandangan pantai nan indah.


KENANGAN MANIS SAYA
(Nurul Fathin Aisha)

Kenangan yang tidak dapat saya lupakan ialah semasa bermain dengan rakan sekelas Muthiah, Farzana dan Khatijah. Muthiah seorang yang periang, Farzana suka membuat lawak dan Khatijah sangat pandai mengambil hati.


KENANGAN PAHIT SAYA
(Izzah Amirah Ikram)

Pada tahun 2006, datuk saya telah meninggal dunia. Ibu mengejutkan saya daripada tidur. Saya terkejut lalu pergi mandi dan mengambil wuduk serta membaca surah Yassin sambil air mata menitis di pipi. Saya berasa amat sedih.





BILIK DARJAH SAIDINA UMAR
(Nur Asfareza Dyana)

Bilik ini panjangnya kira-kira lapan meter dan lebar enam meter. Ia mempunyai dua pintu kayu berwarna merah jambu. Dindingnya bercat kuning manakala silingnya berwarna putih. Dalam bilik ini terdapat 35 set kerusi meja dan lantainya daripada simen kelabu. Langsir biru menceriakan bilik darjah di samping mengelak silauan cahaya matahari.


KENANGAN MANIS DALAM HIDUP SAYA
(Siti Roshila Roslan)
Hari tu saya telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik akademik dan menerima segulung sijil, sebuah hamper dan sebuah cenderamata. Selain itu guru mata pelajaran juga memberi saya wang sebanyak RM 80.00. Di rumah nenek pula memberi saya RM 100.00 sebagai hadiah galak

WAJAH-WAJAH PESERTA KEM PENULISAN KREATIF 2008

Gambar akan dimasukkan

PESERTA KEM PENULISAN KREATIF 2008





Seranai 17 orang pelajar Darjah 5 dan 6 dari pelbagai sekolah di sekitar Kuching telah menghadiri Kem Penulisan Kreatif yang merupakan sebahagian daripada Kem Bakat, Kepimpinan dan Jati Diri anjuran Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak di SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan di Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya.

Kem berlangsung dari 17 November hingga 5 Disember 2008.

Para peserta Kem Penulisan Kreatif ialah:



1. MOHD. AIDIL QASMIRUL B KAMARUL
SK (A) DHAKH (TAHUN 6)


2. SITI ROSHILA BT ROSLAN
SK PULO (TAHUN 6)

3. NORMASURIA BT OTHMAN
SK MATU BARU (TAHUN 6)


4. DAYANG NUR SYAFIKA BT AWG ROSLI
SK BANDAR SAMARIANG (TAHUN 5)





5. INTAN SHAFINIE BT SAHAT
SK RAKYAT TUPONG (TAHUN 6)



6. NURSYAKIRAH BT ADENAN
SK RAKYAT TUPONG (TAHUN 6)



7. NUR ASFAREZA DYANA BT ABDUL MALEK
SK RAKYAT TUPONG (TAHUN 6)


8. NUR SUFIAKHOFI BT HJ ZEKERIA
SK RAKYAT TUPONG (TAHUN 6)




9. NURUL FATHIN AISHA BT MAHDI
SK (A) DHAKH (TAHUN 5)


10. MOHD AIMAN AZRIE B NASARUDIN
SK (A) DHAKH (TAHUN 6)





11. ANIS SYAZWANI BT ABDULLAH
SK SANTUBONG (TAHUN 5)






12. UMI AMIRA BT JEMALE
SK SANTUBONG (TAHUN 5)



13. IZZAH AMIRAH BT IKRAM
SK SANTUBONG (TAHUN 4)






14. AIENNA KHARIYAH BT BOLHASSAN
SK (A) DHAKH (TAHUN 6)


15. KHAIRUNNISA NADIAH BT YUSUF
SK (A) DHAKH (TAHUN 6

16. NUR EZZRA SYANIZA BT SAPUAN
SK (A) DHAKH (TAHUN 6)

17. SYAHZANANI FARZANA BT JAAFAR
SK (A) DHAKH (TAHUN 6)

Thursday, November 27, 2008

PEMUPUKAN BAKAT PENULISAN

Berjayakah para peserta Kem Bakat Penulisan tampil di media begini kelak?




Apabila tiba tarikh tutup penyertaan hanya ada 11 nama dalam senarai. Pada hari pendaftaran menjadi 14 orang dan pada akhir minggu itu ada 18 orang kesemuanya peserta Kelas Penulisan Kreatif bagi sesi 2008.

Kelas Penulisan Kreatif merupakan sebahagian daripada program bakat yang mengenengahkan tujuh bakat dijalankan serentak di SK Datuk Haji Abdul Kadir Hassan di Jalan Sultan Tengah dari 17 November 2008.

Asalnya peserta adalah mereka dalam Darjah Enam dan menunggu untuk memasuki sekolah menengah. Bagaimanapun ada beberapa orang pelajar Daerjah Lima datang memohon untuk turut serta.

Jumlahnya menjadi ramai kerana ada rupa-rupanya tersalah kelas, mendaftar untuk kelas penulisan tetapi entah macam mana menyertai kelas tarian. Terpaksalah si ibu merayu untuk mengeluarkan anaknya dari kelas tarian di bawah Sharkawi Haji Amit dan dimasukkan ke kelas penulisan kreatif.

Ada yang datang sehari dua kemudian memohon setelah mendengar betapa seronoknya belajar. Ada yang datang lewat kerana bapa pada minggu awalnya masih berpermergian dan ada yang datang lewat kerana terlibat dalam program berkhatan beramai-ramai.

Macam-macam alasan yang menarik dan memohon simpati tapi hakikatnya kesemua mereka menunjukkan minat mendalam mahu belajar menulis dan pelbagai seni yang ditawarkan. Ada tujuh kesemuanya iaitu penulisan kreatif, lakonan, tarian, muzik dan nyanyian, seni visual dan lukisan dan bacaan al-Quran.

Di samping kelas tujuh bidang bakat yang mengemukakan, ada bahan pelajaran rentasan yang melibatkan semua peserta iaitu permainan hadrah, marhaban dan lagu rakyat. Semua peserta diwajibkan menyertainya.

Kelas penulisan memperkenalkan para peserta kepada seni penulisan rencana atau deskriptif, naratif keratif untuk penulisan cerpen, drama dan novel dan puisi untuk penulisan sajak. Kelas deskriptif pada minggu pertama dibimbing oleh Cikgu Khatem Ariffin dan Cikgu Hajjah Beb Sabariah dan naratif kreatif pada minggu kedua juga dibimbing oleh mereka sementara penulisan puisi dibimbing oleh saya sendiri.

Penganjur dan pembimbing menaruh harapan ada dari kalangan 18 orang yang hadir itu yang kelak terus maju dalam bidang penulisan dan menjadi penulis berjaya sebagai kerja sampingan atau kerjaya hidup.

Mereka semua akan terus diberi bimbingan melalui internet dan pertemuan berkala di premis BPPMIS untuk meneruskan usaha memperkembangkan bakat mereka, sekiranya mereka bermniat. Malah BPPMIS akan berusaha membantu untuk membolehkan mereka menyertai mana-mana peraduan dan sayembara yang sesuai di peringkat negeri atau kebangsaan.

Kalau sesuai mereka disaran menyertai mana-mana bengkel atau kelas tambahan atau sebarang seminar, kolokium, forum dan sebagainya menerusi BPPMIS.

Para peserta Kelas Penulisan Kreatif ini juga diberi ruang menyiarkan bahan karya mereka menerusi laman ini daripada tarikh tamat kursus sehingga selama yang mereka berminat.

Insya Allah kalau ada yang berjaya menghasilkan manuskrip yang sesuai untuk penerbitan, BPPMIS akan membantu mencari penerbit yang sedia menerbitkannya.

Itu harapan dan impian BPPMIS terhadap bakat muda yang sudi menyokong programnya demi kebaikan bersama dan demi kemajuan seluruh umah.

Semoga usaha yang kecil dan sedikit menjadi benih kepada kejayaan besar yang menjadi ladang bakti agama, bangsa dan negara.

Semoga Tuhan meredhai.