Monday, December 8, 2008

HASIL KARYA KUMPULAN BAKAT PENULISAN


laporan
Cikgu Beb Sabariah



Menjadi penulis kreatif berjaya hendaklah menjadi seorang penacap atau pengamat tajam selain mempunyai minat serta bakat semulajadi menghimpun beribu-ribu patah perkataan dijadikan sesebuah karya; hendaknya setiap individu mempunyai ilmu yang tinggi melalui pembacaan sebagai bahan bantu-

Diturunkan beberapa hasil karya berbentuk rencana, laporan dan karya kreatif dari peserta BAKAT PENULISAN berdasar modul:

BAHAGIAN SATU

Rencana mengenai benda CIPTAAN MANUSIA
Nama Judul Karya

Umi Amira Jamale ( Darjah 6) Bangunan ‘Pen’
Anis Syazwani Abdullah (D6) Piramid
Aienna Khariyah Bolhassan (D6) Robot
Nur Ezzra Syaniza Sapuan (D6) Robot
Syahzanani Farzana Jaafar (D6) Komputer Riba
Nur Aiman Azrie Nasarudin (D4) Kapal Terbang




BAHAGIAN DUA
Rencana mengenai benda CIPTAAN ALLAH S.W.T.
Nama Judul Karya

Mohd Aidil Qasmirul Kamarul (D6) Bunga Alamanda
Nurul Nadiah Ahmad Daud (D6) Bunga Siantan




BAHAGIAN TIGA
Karya kreatif TENTANG SAYA atau TENTANG DIA
Nama Judul Karya

Nur Sufiakhofi Hj Zekaria (D6) Tentang Saya
Intan Shafinie Sahat (D6) Tentang Saya
Dayang Nur Syafika Awang Rosli (D6) Tentang Saya
Khairunnisa Nadiah (D6) Tentang Dia


BAHAGIAN EMPAT
Karya Kreatif PENGALAMAN PAHIT MANIS DALAM KEHIDUPAN SAYA
Nama Judul Karya
Nursyakirah Adenan (D6) Pengalaman Manis
Normasuria Othman (D6) Pengalaman Manis
Nurul Fathin Aisha Mahdi (D6) Pengalaman Manis
Izzah Amirah Ikram (D4) Pengalaman Manis


BAHAGIAN LIMA

Karya Bukan Kreatif; MEMBUAT LAPORAN/RENCANA/KEGIATAN
Nama Judul Karya
Nur Asfareza Dyana Abdul Malek (D6) Bilik Darjah
Siti Roshila Roslan (D6) Bilik Darjah


BAHAGIAN SATU

BANGUNAN PEN
(Umi Amira Jamale)

Saya ingin menceritakan tentang sebuah bangunan yang mepunyai menara menyerupai sebatang pen yang dibina oleh manusia. Saiznya sederhana besar dan menaranya sangat tinggi kira-kira 200 meter dan mempunyai warna kebiru-biruan. Di bahagian bawah menara terdapat bangunan mempunyai empat pintu yang terletak di sebelah kanan kiri serta dua lagi di hadapan dan di belakang. Bangunan ‘menara pen’ ini terletak di Jalan Siol Kanan dan berhadapan dengan Masjid Jamek, Sarawak.


BANGUNAN PIRAMID
(Anis Syazwani)

Salah satu benda binaan manusia ialah sebuah piramid yang terdapat di negara Mesir. Bangunan ini sangat besar dan tinggi dan dijadikan makam keluarga raja-raja Mesir zaman dahulu apabila meninggal dunia. Mayat-mayat mereka dijadikan mumia dan diletakkan di dalam keranda dalam piramid tersebut. Oleh itu ramai saintis datang ke Mesir mengkaji barang-barang purba selain mencari harta karun seperti gelang, duit, rantai emas dan sebagainya.


ROBOT
(Aienna Khariah Bolhassan)

Robot ialah mesin menyerupai manusia. Ia membantu manusia dalam menyiapkan sesuatu kerja dengan pantas. Ia cekap membuat kerja-kerja dalam rumah. Pada masa hadapan mungkin robot akan dijadikan alat serbaguna kepada kita. Kemungkinan juga robot akan dibuat dalam saiz, bentuk dan warna berbagai-bagai. Inilah kecanggihan teknologi kita pada masa ini yang pasti akan bertambahn maju pada masa akan datang.


ROBOT
(Nur Ezzra Syaniza Sapuan)

Robot ialah ‘manusia’ ciptaan manusia. Robot berbentuk manusia ini mempunyai pelbagai fungsi mengikut butang yang ditetapkan pada badannya. Alat kawalan pada butang hijau membolehkan robot itu berjalan, butang merah untuk berhenti dan kuning untuk membuat kerja yang ditetapkan. Robot ini juga memiliki deria dengar seperti manusia. Ia diprogramkan boleh bercakap Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Usianya bertahan selama 20 jam sebelum ia ‘mati’. Selepas itu hendaklah dicaj selama empat jam untuk kembali berfungsi. Mata robot mempunyai alat pengesan berbentuk peta bagi membolehkannya pergi ke arah dalam peta tersebut. Robot adalah sebuah rekaan manusia yang tercanggih dalam abad sekarang.

KOMPUTER RIBA
(Syahzanani Farzana Jaafar)

Komputer riba ialah sejenis teknologi ciptaan manusia berbentuk empat segi yang mempunyai microchip untuk memprogramkan data. Ia banyak membantu kita menyimpan maklumat, dokumen serta data penting. Komputer riba juga memerlukan caj bateri yang tinggi. Selain itu ia juga boleh digunakan tanpa elektrik. Komputer riba mempunyai skrin mampat dan papan kekunci. Ia boleh dibawa ke mana-manapun kita berada. Pelbagai jenis atau jenama kita boleh dapati di kedai menjual alat elektronik.

KAPAL TERBANG
(Mohd Aiman Azrie Nasarudin)

Kapal terbang dibuat daripada besi, kaca dan getah. Badannya dibuat daripada besi yang kuat, kaca untuk tingkap dan getah untuk tayar. Kapal terbang boleh membawa penumpang dari dari tempat ke satu tempat dan boleh terbang jauh mengelilingi dunia.


BUNGA ALAMANDA
( Mohd Aidil Qasmirul Kamarul)

Tuhan menciptakan pelbagai jenis bunga yang berlainan bentuk, saiz dan warna. Salah satu bunga yang dicipta Allah ialah bunga alamanda. Alamanda mempunyai kuning yang cantik selain ungu dan mempunyai lima ranggi lembut seperti sutera. Di samping itu ia mempunyai madu. Bunga ini amat sesuai ditanam di Negara kita yang lembap dan panas.


BUNGA SIANTAN
(Nurul Nadiah Ahmad Daud)

Bunga siantan dikenali sebagai ixora sangat sesuai tumbuh di Negara khatulistiwa. Bunga ini mempunyai warna yang menarik seperti merah, jngga, putih dan kuning. Bunga siantan lebih kecil berbanding bunga melur dan berbeza juga daripada kebanyakan bunga sebab ia mempunyai gugusan atau kelompok bunga-bunga kecil. Setiap bunga mempunyai empat ranggi dan madu terdapat di bawah kelonsong bunga-bunga kecil.Oleh itu lebah dan rama-rama suka hinggap di rangginya. Inilah kelebihan ciptaan Allah yang mempunyai keistimewaan tersendiri.


KENANGAN MANIS SAYA
(Nur Sufiakhofi Hj Zakeria)

Satu pengalaman manis saya adalah apabila saya dan keluarga bercuti di Sibu. Di sana terdapat tempat menarik antaranya Bukit Aup. Perjalanan ke sana mengambil masa agak lama tapi kami dapat menikmati pemandangan yang indah nian di sepanjang laluan yang berbukit bukau yang memukau.

KENANGAN MANIS SAYA
( Intan Syafinie Sahat)

Satu pengalaman manis apabila ibu selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel kerana saya amat menginginkan seorang adik. Adik saya diberi nama Intan Shafeeqah Nabila yang dilahirkan pada 11 November 2006 di mana saya juga dilahirkan pada tarikh yang sama tapi pada tahun 1996. Saya amat menyayangi adik saya.

KENANGAN PAHIT SAYA
( Dyg Nur Syafika Awg Rosli)

Pengalaman pahit saya apabila moyang saya meninggal dunia pada tahun 2005 akibat barah otak. Dia begitu baik terhadap saya. Waktu ibu memberitahu saya, jantung saya berdebar-debar lalu mata saya mengalir air jernih. Saya rasa amat sedih kehilangan satu-satunya moyang saya.

TENTANG DIA
(Khairunnisa Nadiah)

Nama rakan saya Nurul Nadiah, berusia 12 tahun. Wajahnya seperti kacukan Cina kerana kulitnya serta tinggi lampai. Dia suka melukis dan belajar berbagai bahasa termasuk bahasa Jepun Dia hebat dalam mata pelajaran matematik dan mendapat 6 A dalam Penilaian UPSR serta aktif kokurikulum.


PENGALAMAN MENARIK DALAM HIDUP SAYA
( Nursyakirah Adenan)

Pengalaman manis saya iadalah ketika berada di kawasan air terjun. Apabila sampai saya dan kakak terus mandi-manda sambil mengejar anak-anak ikan, Selepas letih kami sekeluarga makan makanan bekal kami dengan gelojohnya.


KENANGAN MANIS SAYA
(Normasuria Othman)

Perkara yang menarik dalam hidup saya apabila berada di pantai indah bersama keluarga. Kami bermandi manda dan amat gembira menghirup udara laut nan segar serta menikmati pemandangan pantai nan indah.


KENANGAN MANIS SAYA
(Nurul Fathin Aisha)

Kenangan yang tidak dapat saya lupakan ialah semasa bermain dengan rakan sekelas Muthiah, Farzana dan Khatijah. Muthiah seorang yang periang, Farzana suka membuat lawak dan Khatijah sangat pandai mengambil hati.


KENANGAN PAHIT SAYA
(Izzah Amirah Ikram)

Pada tahun 2006, datuk saya telah meninggal dunia. Ibu mengejutkan saya daripada tidur. Saya terkejut lalu pergi mandi dan mengambil wuduk serta membaca surah Yassin sambil air mata menitis di pipi. Saya berasa amat sedih.





BILIK DARJAH SAIDINA UMAR
(Nur Asfareza Dyana)

Bilik ini panjangnya kira-kira lapan meter dan lebar enam meter. Ia mempunyai dua pintu kayu berwarna merah jambu. Dindingnya bercat kuning manakala silingnya berwarna putih. Dalam bilik ini terdapat 35 set kerusi meja dan lantainya daripada simen kelabu. Langsir biru menceriakan bilik darjah di samping mengelak silauan cahaya matahari.


KENANGAN MANIS DALAM HIDUP SAYA
(Siti Roshila Roslan)
Hari tu saya telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik akademik dan menerima segulung sijil, sebuah hamper dan sebuah cenderamata. Selain itu guru mata pelajaran juga memberi saya wang sebanyak RM 80.00. Di rumah nenek pula memberi saya RM 100.00 sebagai hadiah galak

No comments: