Wednesday, December 10, 2008

IMPIANKU





Cerpen karya

NURUL NADIAH BT AHMAD DAUD






SETIAP orang mempunyai impian mereka yang tersendiri. Begitu juga denganku. Aku ingin menjadi seorang pelukis terkenal. Setiap petang, aku akan bersantai di anjung jendela sambil minum teh untuk mencari inspirasi menghasilkan lukisan yang sempurna dan bermakna. Alangkah indahnya pemandangan di dunia fana ini. Aku berasa amat kagum dengan keindahan semula jadi ini.



Sedang aku menghayati keindahan tersebut, tiba-tiba suara samar-samar memanggilku dari dapur. ”Syazwan...Syazwan, mari makan kuih-muih yang ibu belikan dari gerai di tepi jalan tadi”, kata ibu. Tanpa melengahkan masa, aku pun segera ke dapur untuk menikmati kuih-muih yang tersedia di atas meja.



Malam pun tiba. Namun, bapaku belum pulang dari kerja.



”Ibu, kenapa ayah lambat pulang hari ini?”, tanyaku.



Pertanyaanku itu tidak dihirau ibu malah dia hanya membalas dengan senyuman manisnya. Aku berasa hairan dengan perwatakkan ibuku itu.



”Sudahkah kamu menyiapkan lukisan tadi?,”ibuku tiba-tiba bersuara seolah-olah baru terjaga dari lamunan mimpi. Aku terperanjat dengan pertanyaan ibu. Aku terkedu buat seketika.



”Mengapa ibu bertanya tentang lukisan itu?” tanyaku kembali. Sekali lagi ibu hanya mendiamkan diri.



Tepat pada pukul 10.00 malam, kedengaran enjin kereta bapaku dimatikan.



”Ayah sudah pulang!”, suara ayah kedengaran di muka pintu.



Aku bersama ibu menyambut kedatangan ayah dengan rasa gembira. Pantas ayah berjalan menuju ke bilik bacaan tanpa mengalihkan pandangannya terhadapku. Aku sedikit terkilan kerana biasanya dia akan bertanya tentang perkembangan hasil lukisanku tetapi aku tidak kisah.Terlintas di fikiranku mengapa ibu dan ayah berperlakuan semacam.



”Syazwan, masuk bilik kamu dan tidur kerana esok kita akan pergi ke suatu tempat,” arah ibu tegas. Semakin kusut fikiranku dibuatnya.



Hatiku bersuara,”Ke mana agaknya kami akan pergi”. Jam menunjukkan pukul 10.30 malam. ”Alahai, ngantuknya”...



Keesokan harinya, selepas bersarapan, kami sekeluarga menaiki kereta ayah untuk menuju ke bandar. Sepanjang perjalanan, aku hanya duduk diam dan melihat pemandangan sekeliling. Aku tidak berani mengeluarkan sepatah kata perkataan apatah lagi bertanya. Tiba-tiba, ayah memecah kesunyian, ”Adakah kamu berminat dalam bidang lukisan sehingga ingin menjadi pelukis yang berjaya?”.



Sudah tentu, itukan impian saya,” jawabku tenang. Ibu mencelah,”Adakah kamu seronok melukis?”. Aku berasa hairan akan soalan kedua-dua ibu bapaku. Aku jawab dengan selamba,”Ya, seronok sangat”. Keadaan kembali sunyi. Aku kembali bertanya,”Kita hendak ke mana sekarang?”. Ibu dan ayah saling berpandangan dan mereka berbalas senyuman. ”Tunggu dan lihat”, tiba-tiba ibu berkata.



”Kita sudah sampai...bangunan ini adalah salah satu bangunan tertinggi di bandar kita,” ayah menerang persis pemandu pelancong. Setelah turun dari kereta kesayangan ayah, aku tercungap dan terkedu. ”Wah, cantiknya struktur bangunan ini!”, aku bagaikan menjerit. Ibu mencelah,”Struktur bangunan ini memang cantik. Bangunan baru ini tersegam indah di tengah-tengah lokasi bandar”.



Kami berjalan menuju ke pintu masuk bangunan tinggi tersebut. Aku hanya mendiamkan diri. Ibu memimpin tanganku menuju ke kaunter perkhidmatan.



”Maaf, puan. Boleh saya bantu?” kakitangan di situ menegur dengan berbudi bahasa.



Ibu bertanya,”Boleh saya tahu di mana tempat pendaftaran untuk menyertai pertandingan melukis poster ?”



”Tempat pendaftaran tersebut berada di tingkat tiga.” jawab kakitangan itu.



”Terima kasih,”kata ibu sambil tersenyum mesra.



Aku hanya mengikut ibu. Ayah pula memandangku sambil senyum-senyum. Terasa bagaikan sinis saja. Aku berasa amat geram tetapi hanya



”Ayah, mengapa kita pergi ke sini? Kita hendak mendaftar siapa?”.



Pertanyaanku tidak dijawab.



”Maaf , saya hendak mendaftar anak saya untuk pertandingan melukis poster,” kata ibu.



Pekerja itu menjawab,”Siapa nama anak puan?”.



Ibu menjawab,”Nama anak saya Mohd. Syazwan bin Azri.



Pada mulanya aku amat teruja tetapi aku menahan gembira di hati. Ibu melihatku dengan pandangan tajamnya, namun, aku tidak memberi sebarang respons.



Selepas mendaftar, kami pulang ke rumah. Aku berasa amat letih kerana terpaksa berjalan di dalam bangunan serba canggih itu.



”Puas hati?” tanya ayah.



Aku hanya membalas dengan senyuman. ”Malam ini, aku harus tidur awal kerana esok adalah hari penting buat saya,”hatiku berbisik



”Syazwan, mari turun.” aku dengar suara ibu memanggil. Bagaikan tidak lama mana aku tidur malam itu, tiba-tiba saja sudah berada pada hari siangnya semula.



Aku turun dengan semangat berkobar-kobar. Semangatku membara. ”Ya, ibu.” aku jawab.



”Sebelum beredar, ibu hendak tanya, kamu sudah sedia semua keperluan untuk kamu melukis?”



Aku membalas,” Sudah,ibu.” Aku berasa gementar, namun, di sudut hatiku kejayaan adalah keutamaan. Aku tidak mengharapkan tempat pertama tetapi hanya ingin membanggakan kedua-dua orang tuaku.



Saat yang aku nantikan pun sudah tiba. Aku harus melakukan yang terbaik. Aku dapat melihat kesungguhan peserta lain. Lama betul membuat sebuah poster.”Huh, siap juga poster ini akhirnya”, aku mengeluh lega. Setelah semua selesai, peserta-peserta dibawa duduk di tempat khas untuk mengetahui pemenangnya.



“Hoorey....”, aku menjerit girang. Ibu dan bapaku hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagatku. Sekarang, jika peluang di hadapan mata, aku terus menonjolkan diri. Hampir kesemua pertandingan yang disertai dibolot olehku. Aku menyertai pertandingan melukis poster anjuran Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak sehingga ke peringkat antarabangsa.



”Jaga diri kamu baik-baik”, ibu nasihat. Aku akan pergi ke Jepun selepas menang pertandingan melukis poster di peringkat kebangsaan. ”Yey, sekarang aku berada di Lapangan Kapal Terbang Antarabangsa Jepun”, aku menjerit dalam hati. Aku dibawa ke hotel penginapan di Tokyo. ”Irrashaimasu!”, sambut pekerja hotel itu. Aku hanya mendiamkan diri kerana sepatah kata perkataan yamato pun aku tidak tahu kecuali arigato’, konbawa, ohaiyo’ dan kirei.



Setelah sampai di hadapan pintu bilik, aku tercengang. Seperti rusa masuk kampung, itulah perumpamaan yang dapat aku bayangkan. Kecanggihan teknologi di Jepun telah membuka mataku. Aku berasa kagum dan...”wow!”, tiba-tiba aku menjerit. Aku berlari menuju ke katil untuk berlabuh setelah letih dalam perjalanan pergi ke negara terbit matahari ini. Teman sebilik aku tidak berapa ramah. Namanya Ikhwan dan berasal dari Kedah. Oleh itu, aku sentiasa memulakan dialog. ”Hari ini kita ada pertandingan melukis di dewan nanti,”aku memperingat . Ikhwan membalas,”Saya tahu.”



Kami sampai di dewan. Keadaan dewan gamit dengan bunyi alat eletronik dan orang bercakap.”Moshimoshi!”Tiba-tiba satu suara menyapa dalam Bahasa Jepun.Aku dan Ikhwan berpaling ke arah datangnya suara serak basah itu. ”Hi.” Kami membalas kehairanan kerana tidak memahami perkataan itu. ”Are you guys came from Malaysia?” Budak lelaki berhidung mancung itu tiba-tiba speaking. ”Yes, I’m Syazwan and this is my friend, Ikhwan,” aku menjawab. “My name is Natsume. In Japanese, watashite Natsume Hyuuga,” dia menerang.



“Nampaknya kita sudah ada kawan baru.” kata Ikhwan. Aku hanya membisu tanda suka. Aku berasa kekok akan keadaan di sini tetapi aku harus membiasakan diri. “Tidak lama lagi, pertandingan akan bermula. Kita harus berada di tempat melukis 10 minit sebelum pertandingan bermula.”aku memperingat. “Gomen kudasai?” ,Natsume tiba-tiba muncul selepas hilang daripada pandangan tatkala dewan itu sesak dengan peserta-peserta dari serata dunia.



Kami terkejut dengan sapaannya. “What is that?”, aku ternganga. “That mean, hello, anybody home?”, dia menjawab sambil tersenyum. Kami berdua saling berpandangan. “Where are you both going?”, Natsume tanya. “We’re going to our place.”,Ikhwan membalas. “Okay, bye.”, Natsume berkata dan sekali lagi hilang daripada pandangan. Kami duduk di tempat yang telah disediakan untuk peserta-peserta dari Malaysia.



Semua peserta dari serata dunia mengambil bahagian. Setiap peserta harus mematuhi syarat-syarat melukis poster. Pertandingan tersebut pun bermula. Pertandingan tersebut dijalankan selama beberapa jam kerana hasil lukisan harus dibuat dengan kemas, teliti dan mempunyai makna. Aku dan Ikhwan harus bersungguh-sungguh untuk menewaskan peserta-peserta dari negara lain. Aku harus membuktikan pada ibu dan ayah bahawa aku dapat menjuarai pertandingan melukis peringkat antarabangsa.



“Bagaimana perasaan kamu sekarang?”, tiba-tiba Ikhwan bersuara. Aku menjawab dengan tenang, “Ya, kamu pula?”. “Rasanya tidak....”,Ikhwan tidak sempat menghabiskan ayatnya kerana pengurus datang untuk membawa kami ke tempat dudukk khas. “Kamu berdua jangan gelabah...relax.” pengurus menasihat kami. Tidak lama lagi, kami akan mengetahui siapakah yang akan memenangi pertandingan melukis poster ini.



Saat yang ditunggu-tunggu kini tiba. Master of Ceremony(MC) pertandingan akan mengumumkan pemenang-pemenang. “Welcome to the International Drawing Competition”, MC pertandingan menyambut kedatangan kami. “Now, we are going to know who will be the Master of Art.” Semakin berdebar hatiku apabila MC pertandingan membuka kertas keputusan pemenang-pemenang. Keputusan tersebut adalah muktamad.



Seorang demi seorang peserta pertandingan yang mendapat hadiah saguhati. Akhirnya, pemenang bagi tempat ketiga, kedua dan pertama diumumkan. “And now I will announce who is in the third place”, MC pertandingan kata. “At the third place, Eun Hyun Yyang from Korea....in second place, Sylvia Medorica from Mexico and The Master of Art is....”,MC mengumumkan. Inilah saat yang akan membuktikan kebolehan aku melukis untuk menjadi pelukis terkenal dan berjaya. “The Master of Art is.... Mohd Syazwan bin Azri from Malaysia!”



Aku berasa amat terkejut tetapi amat gembira. Seolah-olah mimpi menjadi kenyataan. Ketika aku naik pentas, jantungku terasa bagai hendak tercabut, aku gugup. Ucapan tahniah sering diucapkan kepadaku. Sorakan semangat daripada peserta dan penonton membuatkanku terharu. “Tahniah!”, Ikhwan dan peserta-peserta dari Malaysia serta pengurus kami tumpang gembira di atas kejayaanku.



“Ibu, saya menang dalam pertandingan itu!”, aku menjerit keriangan. “Tahniah, nak. Ibu dan ayah sentiasa menyokong dan mendorong dalam apa jua bidang yang kamu ceburi”, ibu berkata sambil tersenyum simpul. “Ayah berasa bangga atas kejayaan kamu”, tiba-tiba ayah mencelah. Sekarang aku harus lebih gigih berusaha untuk mencapai impianku.















No comments: