Tuesday, December 9, 2008

KARYA SEDANG DIPROSES

Orang yang teliti dan menggunakan pancainderanya
untuk memerhati alam sekelilingnya
akan mengesan keindahan di mana-mana.








Kita mahu jadikan laman ini sebagai laman tetap dan laman tempat para penulis muda terutama peserta Kem Bakat Penulisan Kreatif 2008 menyalurkan karya mereka untuk disiarkan kepada dunia.


Apabila sudah biasa menyalurkan di sini dan melihat hasil akhirnya setelah diedit maka penulis berkenaan menjadi lebih faham akan keperluan media penyiaran dan dapatlah mengorak langkah untuk memasuki media perdana negara.

Pencapaian seseorang seniman, terutama penulis adalah pada penyiaran karyanya. Tidak akan ada kepuasan kalau banyak menulis tetapi karya tidak pernah disiarkan.

Harus ingat - jangan ingat yang setiap karya anda itu sudah terlalu bagus untuk tidak boleh diedit atau untuk mesti disiarkan. Penulis besar sekalipun melalui proses pengeditan.

Pada peringkat masih belajar ini karya anda akan diteliti, diedit dan dikemaskkan di sana sini oleh editor sebelum disiarkan.

Perhatikan perbezaan di antara teks asal anda dan teks setelah diedit, maka anda akan belajar dan dapat menambah bvaik karya seterusnya.

Banyak karya yang dikemukakan kini sedang dikemas dan diedit dan mana-mana yang sudah diedit terutama yang dihantar menerusi Cikgu Beb Sabariah sudahpun kita siarkan.

Insya Allah yang dihantar menerusi Cikgu Khatem, terutama cerpen-cerpennya dalam bahasa Melayu dan Inggeris akan disiar tidak lama lagi sebaik sahaja Cikgu Khatem habis mengeditkannya.



Pak Asdy

No comments: